MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT MENENGAH MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN QASIMUL ULUM (MATAQU)

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat menengah Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU) telah diadakan sebagai penutup bagi Program Tadarus Al-Quran yang telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan. Majlis tersebut telah diadakan pada 27 April 2022 (Rabu) iaitu 2 hari sebelum pelajar-pelajar bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Semua pelajar dan asatizah yang terlibat dalam Program Tadarus Al-Quran telah menjayakannya dengan hasil yang terbaik. Pelbagai objektif yang berjaya dicapai dalam program tadarus Al-Quran terutamanya kelancaran dan sebutan makhraj huruf oleh pelajar dapat dikesan dan seterusnya diperbaiki oleh para asatizah yang mengetuai setiap kumpulan tadarus yang dibentuk.

Majlis Khatam al-Quran turut diserikan dengan kehadiran pengasas selaku Pengerusi Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum iaitu Ybhg. Tuan Haji Alauddin bin Ishak lalu menyempurnakan sesi perasmian Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Menengah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengetua Maahad, Hajah Wan Noreena Mastura menjadikan majlis lebih berseri kerana beliau sentiasa tidak pernah lekang dalam menyelitkan motivasi kepada semua yang terlibat terutamanya pelajar-pelajar.

Majlis dimulakan dengan alunan qasidah dari pelajar-pelajar dibawah pimpinan Ustaz Arifin. Seterusnya, majlis diteruskan dgn bacaan surah-surah sebagai penutup bacaan tadarus yang dipimpin oleh Ustaz Iskandar dan diakhiri dengan bacaan doa khatam oleh anakanda pelajar iaitu Saudara Muhammad Afif Azizi bin Tajudin. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan pengarah program iaitu Ustaz Hamdhan dan ucapan perasmian oleh Pengerusi Maahad. Majlis tersebut juga diserikan dengan upacara pemotongan kek sebagai simbolik kepada gimik perasmian majlis. Majlis dijalankan dengan ringkas memandangkan kebanyakan pelajar terlibat dengan peperiksaan dalam hafazan dan akademik. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan ucapan hari raya dari semua pelajar dan guru.

Tarikh : 15 Mei 2022
Hari : Ahad

Pengarah Program: Ustaz Hamdhan

Leave a Reply