




Majlis Sambutan Hari Guru & Hari Raya
Pada 19 Mei 2022, satu Majlis Sambutan Hari Guru & Hari Raya peringkat Menengah Mataqu telah diadakan bertempat di Surau Al Misbah Kompleks Mataqu. Majlis ini bertujuan meraikan para asatizah sekali gus meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai objektif telah berjaya dicapai terutamanya dapat mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan pelajar, guru dan kakitangan maahad. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengetua Maahad iaitu Hajah Wan Noreena Wan Ahmada sekali gus menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Hari Guru & Hari Raya Peringkat Menengah..
Majlis dimulakan dgn ucapan pengerusi majlis dengan mengalu-alukan ketibaan Puan pengetua. Majlis diteruskan dgn lantunan Asmaul Husna, kemudian disusuli dengan Lagu maahad. Sebelum memulakan majlis, bacaan doa dibaca oleh pelajar Wan Zarief Amsyar. Majlis diteruskan dengan ucapan Hari Guru daripada wakil pelajar iaitu Muhammad Zulikram bin Zureehan yang merupakan Ketua Pelajar bagi sesi 2022. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Puan pengetua. Para asatizah juga turut menyempurnakan bacaan ikrar guru serta menyanyikan lagu Guru Malaysia.
Majlis dimeriahkan dengan persembahan-persembahan daripada pelajar-pelajar dan guru-guru. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah guru yang dipilih mengikut undian daripada para pelajar. Terdapat juga pemilihan anugerah busana terbaik patuh syariah dalam kalangan pelajar banin dan pelajar banat.
Aturcara majlis yang terakhir ialah acara pertukaran hadiah dalam kalangan guru dan kakitangan. Program pada hari tersebut berakhir dgn jamuan hari raya di mana makanan disumbangkan oleh guru dan pelajar berdasarkan konsep potluck.
Tarikh : 20 Mei 2022
Hari : Jumaat
Pengarah Program
Ustazah Nur Farezan