




Badan Islah merupakan satu badan yang menerajui tampuk kepimpinan badan pengawas di Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU). Majlis Watikah Pelantikan Nuqaba’ Peringkat Menengah merupakan satu majlis yang diadakan setiap tahun oleh Badan Islah bagi melantik barisan nuqaba’ baharu untuk memimpin tampuk kepimpinan baharu bagi tahun semasa. Majlis tersebut berjaya disempurnakan pada 18 April 2022 (ISNIN) dengan penyampaian sijil watikah pelantikan oleh Tn Haji Alauddin bin Ishak selaku Pengerusi Maahad dan Hajah Wan Noreena Mastura bt Wan Ahmad selaku Pengetua Maahad sebagai simbolik tugas-tugas yang bakal dipikul sepanjang tahun.
Majlis tersebut telah berjaya meraikan 12 orang nuqaba’ baharu yang terdiri daripada 7 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Selain itu, pelantikan Ketua dan Penolong Nuqaba merangkap ketua dan penolong pelajar juga diumumkan pada hari tersebut bagi mengetuai kepimpinan baharu Badan Islah Menengah bagi tahun 2022.
Majlis tersebut menjadi lebih bermakna apabila pelajar-pelajar dapat mendengar amanat khusus daripada ayahanda Pengerusi Maahad dan bonda Pengetua Maahad sebagai suntikan semangat baharu untuk memikul tanggungjawab dalam menjalankan amanah yang diberikan. Selain itu, majlis tersebut juga dapat memberikan semangat kepada pelajar-pelajar lain agar lebih bertanggungjawab dalam sebarang amanah yang dipikul sekali gus menjadikan sifar masalah disiplin di maahad demi membina generasi huffaz yang profesional pada masa akan datang.
Laporan disediakan oleh,
Ustazah Norbaizura Binti Omar
Guru Disiplin Badan Islah Menengah







