




Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Rendah Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU) telah diadakan sebagai penutup bagi Program Tadarus Al-Quran yang telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan. Majlis tersebut telah diadakan pada 28 April 2022 (Khamis) iaitu hari terakhir persekolahan sebelum pelajar bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Semua pelajar yang terlibat dalam Program Tadarus Al-Quran adalah dalam kalangan pelajar Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Pelbagai objektif telah berjaya dicapai terutamanya kelancaran dan sebutan makhraj huruf oleh pelajar dapat dikesan dan seterusnya diperbaiki oleh para asatizah yang mengetuai setiap kumpulan tadarus yang dibentuk.
Majlis Khatam al-Quran turut diserikan dengan kehadiran pengasas maahad yang merupakan Pengerusi Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum iaitu Ybh. Tuan Haji Alauddin bin Ishak lalu menyempurnakan sesi perasmian Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Rendah.
Tarikh : 28 April 2022
Hari : Khamis
Pengarah Program : Ustaz Syed Solehin Al Yahya







