PKPB BUKAN HALANGAN KHATAM AL QURAN

Seorang lagi pelajar berjaya khatam 30 juzuk al Quran walaupun terpaksa membuat persiapan hafazan di rumah dan semakan hanya terhad kepada secara online semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sharifah Nor Nabilah Binti Syed Syaharuddin 18 tahun, berjaya khatam hafazan al Quran 30 juzuk pada 11 Disember. Keputusannya menangguhkan sesi pembelajaran integrasi pada tahun lepas (2019) untuk memberikan tumpuan kepada hafazan sepenuhnya telah membuahkan hasil yang di kehendaki. Keputusan tersebut dibuat walaupun beliau berjaya memperolehi pangkat Mumtaz (cemerlang) dalam pepereksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) yang diduduki pada tahun 2018. Pada pandangan Sharifah Nabilah, objektif mengkhatamkan al Quran perlu diutamakan lebih daripada persiapan untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Permulaan tahun 2020, kerana Syarifah Nabilah cuma berbaki 7 juz (juz 19 – juz 25) untuk mengkhatamkan 30 juzuk maka dia dinasihati untuk kembali ke sesi pengajian integrasi bagi menyambung semula pengajian akademiknya.

PKP yang diisytiharkan pada 18 Mac dan sehingga 14 Julai telah menyebabkan sesi tahfiz dan persekolahan terpaksa dilaksanakan secara online diseluruh negara. Walaupun sesi pengajian disambung semula pada 15 Julai, ianya berjalan dalam suasana norma baru. Pengajian terpaksa ditangguhkan kembali pada 14 Oktober apabila kerajaan mengisytiharkan PKPB dan masih lagi berjalan sehingga hari ini.

Semoga kejayaan Sharifah Nor Nabilah akan menjadi inspirasi kepada semua pelajar-pelajar lain dan menjadi bukti bahawa dedikasi dan disiplin mampu membuahkan hasil yang di kehendaki walaupun berdepan dengan pelbagai kesukaran.

Leave a Reply