Maulana bertanya “berapa syarikat anta sanggup bayar?”, ahli korporat tersebut tersentak sedikit dengan pertanyaan tersebut kerana selama ini dia menyimpan rasa hormat yang sangat tinggi dengan kezuhudan dan sifat tawadduk maulana. Ahli korporat tersebut menjawab- ‘biasanya kuliah-kuliah agama kita akan bayar diantara rm500-rm1000 kepada ustaz-ustaz yang datang, tergantung kepada populariti ustaz tersebut’. Maulana pun membalas- ‘kalau begitu saya sedia terima tawaran anta jika syarikat anta sanggup bayar rm5k’.
Mendengarkan jawapan maulana, lantas sifat hormat yang ahli korporat itu simpan selama ini kepadanya terus hilang lalu dia membuat kenyataan yang agak biadab tetapi dengan suara tertahan-tahan- ‘Tak kan maulana nak jual agama dengan letak harga utk mengajar!’
Mendengarkan respon ahli korporat tersebut, maulana menjawab dengan tenang:
M: “Sebelum anta nak marah pada saya, saya nak tanya, syarikat anta ni ada tak buat program-program yang melibatkan memanggil selebriti atau penceramah-penceramah lain selain ulama”?
AK: “Kerap juga”
M: “Biasanya berapa bayaran atau bajet syarikat anta utk panggil artis?”
AK: “Atas populariti artis tersebut, kalau macam Jamal Abdillah atau Siti Nurhaliza maka boleh sampai Rm15K!”
M: “Kalau begitu, harga rm5k yg saya letak pun tak padan, syarikat anta sepatutnya bayar saya harga yang sama atau lebih supaya tak jatuh kepada perlakuan menghina agama dengan perbuatan!”
Ahli korporat tadi hanya terdiam dan tertunduk malu baru memahami hikmah disebalik apa yang diperkatakan maulana yang bijaksana tersebut.
Ramai dari kita juga sebenarnya terlibat dengan perbuatan-perbuatan yang boleh mengundang kemurkaan الله dan mencabut keberkatan dalam tindak-tanduk kita walaupun berniat baik kerana mahu memberi sumbangan atau melakukan suatu amal jariah. Antara perkara-perkara biasa selain dari contoh diatas ialah seperti:
1. Menghantar atau memanggil pelajar tahfiz/madrasah/anak yatim dsb untuk makan kenduri,hanya kerana banyak makanan berlebihan;
2. Memberi satu hadiah@sedekah kepada madrasah/masjid dsb seperti perabut, komputer yang terpakai yang kita mahu lupuskan kerana mahu membeli yang baru untuk diri kita;
3. Ingin menyelamatkan haiwan seperti kucing dengan dihantarkan kepada madrasah @diletakkan di kawasan masjid;
4. Anak yang bijak dihantar ke sekolah akademik/universiti manakala yang lemah atau bermasalah akhlaq dihantar ke madrasah/pondok;
dan banyak lagi mungkin contoh2 lain yang pelaku2nya sendiri maklum.
Semoga kita sentiasa diberi petunjuk oleh الله untuk mencari ilmu dan memperoleh keberkatannya supaya tidak terjerumus kepada kesalahan seperti ini.