BAGAIMANA RASULULLAH SAW & PARA SAHABAT MENDIDIK AMAK-ANAK DI ZAMAN MEREKA

Suasana yang sebenarnya ujud dizaman RasuluLLAH ص ialah di mana para sahabat kebanyakannya akan membawa anak-anak mereka ke majlis-majlis taklim RasuluLLAH ص sebaiknya mrk mencapai usia mumaiyiz. Cumanya terdapat perbezaan pencapaian umur mumaiyiz di kalangan kanak-kanak zaman tersebut di banding denagn kanak-kanak dizaman sekarang. Mumaiyiz dita’rifkan sebagai umur dimana seorang anak dapat membezakan diantara apa yang boleh memberi menafaat dan mudharat. Umumnya para ulama’ menetapkan umut 7 tahun sebagai umur seorang kanak-kanak mencapai umur mumaiyiz. Kanak-kanak dizaman RasuluLLAH ص، ketika umur mereka mencapai 7 tahun, bukan sahaja telah melangkaui tahap mumaiyiz, bahkkan sudah boleh menghafal Quran dan hadith dan menjadi perawi-perawinya sekali.

Dalam kitab-kitab hadith ternama; (yg paling mudah utk dijadikan rujukan ialah kitab matan arba’in Imam Nawawi), terdapat beberapa hadith yang di anggap sebagai nas utama atau asas dalam shariat. Apa yg ramai umat Islam hari ini tidak tahu ialah bahawa hadith-hadith tersebut diriwayatkan oleh sahabat-sahabat yg mendengarnya pada ketika mereka belum sampai umur baligh. Antaranya:

1. Hadith
إن الحلال بين و الحـرام بين وبينهما أمور مشتبهات…
Hadith ini diriwayatkan oleh Nu’man b. Bashir, beliau mendengar hadith ini dari RasuluLLAH ketika umurnya sekitar 6 tahun;

2. Hadith Hasan b. Ali b. Abi Talib
دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ ،
Saidina Hasan berusia 7 tahun ketika RasuluLLAH ص wafat, bermakna dia mendengar hadith ini pada masa ketika berusia lebih muda dari itu;

3. Hadith ibnu Abbas
يَا غُلَامُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ…

Ulama’-ulama’ bahasa mentafsirkan perkataan ghulam yg digunakan Rasulullah ص utk membahasakan ibnu Abbas, membawa makna seorang kanak-kanak yang berumur diantara 6-10 tahun;

Hadith-hadith diatas disabdakan oleh RasuluLLAH ص langsung kepada anak-anak tersebut dan bukannya dalam majlis (maklumat ini belum benar-benar saya tahkik). Memberi isyarat tentang tahap kematangan dan kepercayaan yang boleh diletakkan kepada mereka pada usia yang sangat muda.

Ulama-ulama’ hadith pula membahathkan tentang kebolehan/tidak, untuk meriwayatkan hadith dari kanak-kanak khususnya yang belum mencapai usia bulugh. Secara kesimpulannya, mereka bersepakat bahawa boleh diriwayatkan hadith-hadith yang didengar oleh kanak-kanak jika mereka menyempurnakan syarat-syarat yang melayakkan mereka diiktiraf sebagai perawi hadith e.g kuat ingatan dan amanah@boleh dipercayai. Ternyata apabila hadith-hadith sepertt di atas telah diriwayatkan oleh para ulama’ hadith, maka kanak-kanak dizaman RasuluLLAH ص diiktiraf oleh umat Islam, telah memiliki sifat-sifat@ciri-ciri tersebut.

Dalam mafhum sebuah hadith yang lain, diriwayatkan bahawa RasuluLLAH ص menasihati para sahabat bahawa ketika mereka bercakap, hendaklah mereka berbicara mengikut tahap kefahaman pendengar mereka. Ketika bersabda sedemikian, sudah tentu Rasulullah ص sendiri melaksanakannya sebegitu. Ini bukti kuat bahawa pada usia yang sangat muda, kebanyakan anak2 yg hidup dizaman RasuluLLAH ص، mempunyai tahap kecerdasan, kesungguhan, ketajaman aqal dan tahap kefahaman yang sangat tinggi sehingga mengatasi orang2 dewasa dizaman ini bahkan juga dizaman mereka sendiri.

Bagaimana kanak-kanak dizaman Rasulullah ص dibentuk oleh Rasulullah ص sehingga mereka mempunyai kekuatan ingatan, kebijaksanaan bahkan sifat amanah yang begitu tinggi? Antara perkara-perkara yang telah ditunjuki oleh Rasulullah ص dan dibudayakan oleh para sahabat adalah:


i. sentiasa membawa anak-anak mereka ke majlis taklim (Rasulullah ص)


ii. melayani anak-anak mereka secara matang dan tidak memanjakan mereka


iii. sentiasa memberi tanggungjawab dan melakukan pemereksaan dan susulan diatas tugasan dan tanggungjawab yg diberikan

Dalam satu kisah, Saidina Umar telah membawa anaknya Abdullah ke satu majlis taklim RasuluLLAH ص yang mana terdapat sahabat-sahabat besar yang lain didalam majlis tersebut. Rasulullah ص telah bertanya kepada sahabat-sahabatnya yang hadir, ‘Di padang pasir terdapat satu pohon yang ciri-cirinya menyerupai sifat-sifat seorang mukmin, pohon apakah itu?’ Abdullah ibnu Umar menyatakan bahawa dia mengetahui terus bahawa jawapannya ialah pohon tamar namun kerana malunya dia dengan kehadiran sahabat2 lain yang jauh lebih dewasa, dia mendiamkan diri. Para sahabat lalu bertanya Rasulullah ص apakah pohon yg dimaksudkan maka dijawab oleh Rasulullah ص- ianya adalah pohon tamar. Seusai majlis, saidina Umar dan anaknya Abdullah berjalan pulang. Walaupun saidina Umar diantara sahabat-sahabat yang paling sibuk kerana tanggungjawab dakwah dan umat Islam yg dipikulnya sesuai dgn kedudukannya sebagai salah seorang dari org kepercayaan Rasulullah ص, dari lafaz perawi hadith ini (ibnu Umar), dapat diketahui bahawa beliau (saidina umar) melayani dan berbual-bual dengan anaknya Abdullah secara matang walaupun dia baru berumur 5/6 tahun… ibnu Umar telah berkata kepada ayahnya, ‘wahai bapa, semasa Rasulullah ص bertanya soalan tadi di dlm majlis, saya terus mengetahui jawapannya tetapi malu untuk menjawab kerana kehadiran para sahabat yang jauh lebih dewasa’. Saidina Umar membalas dengan mengatakan, ‘wahai anakku, seandainya engkau menjawab di dalam majlis tadi, itu lebih aku sukai dari sekian dan sekian perkara…’

Anas bin Malik pula adalah seorang kanak-kanak dikalangan ansar yang telah dibawa oleh ibunya kepada Rasulullah ص dan ditawarkan untuk dijadikan khadim baginda. Rasulullah ص melihat ciri-ciri kecerdasan yang ada pada Anas dan bersetuju dengan tawaran tersebut. Satu hari Rasulullah ص mengarahkan Anas utk ke pasar. Dalam perjalanan, beliau melalui beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain lalu leka melihat permainan mereka. Tidak lama kemudian, Anas mencium satu bauan dibelakangnya yang sudah dia kenali sangat dan apabila dia berpaling dan mendongak, dilihatnya susuk tubuh Rasulullah ص. Baginda lalu tertawa dan bertanya Anas, wahai ‘Unais! Adakah engkau telah melaksanakan apa yang saya suruh?’ Anas lalu menjawab, ‘saya pergi sekarang wahai Rasulullah!’

(Nota: Rasulullah mnggunakan lafaz Unais yg membawa makna Anas yg kecil, kerana gelagat Anas yg walaupun memang seorang kanak2, mendahulukan sikap keanak2an dgn cenderung kpd permainan dri melaksanakan tngjwb yg tlh diberi).

Ini adalah sekelumit kecil dari kisah-kanak yang menggambarkan kepada kita cara pendidikan yang telah diterapkan oleh Rasulullah ص dan dicontohi oleh para sahabat baginda sehingga berjaya membentuk generasi umat pelapis yang sangat tinggi akhlaq dan kecerdasan mereka. Semoga kita mendapat iktibar dan diberi taufiq utk mencontohi baginda dan sahabat-sahabatnya.

Leave a Reply