LAPORAN MINGGU BAHASA MELAYU DAN SEJARAH
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN QASIMUL ULUM -PRIMA SG
20 Ogos 2024 – 6 September 2024
Minggu Bahasa Melayu dan Sejarah telah dianjurkan dengan jayanya oleh Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Sejarah MATAQU-PRIMA SG pada 20 Ogos hingga 6 September 2024. Aktiviti sepanjang minggu ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta menyemai semangat cintakan bahasa dan sejarah negara.
OBJEKTIF
Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.
Menggalakkan pelajar memahami dan menghargai sejarah negara.
Melahirkan pelajar yang berdaya saing dan kreatif melalui pelbagai pertandingan.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Pertandingan Pidato Bahasa Melayu
Kuiz Sejarah dan Pengetahuan Am
Pertandingan Rekacipta Buku Skrap Sejarah
Pertandingan Rekacipta Video Kreatif
Pertandingan Deklamasi Sajak
PENUTUP
Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Pengerusi MATAQU, Tuan Hj Alauddin b Ishak. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan Bahasa Melayu dan Sejarah dalam membentuk jati diri pelajar.
Secara keseluruhannya, Minggu Bahasa Melayu dan Sejarah ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja menghiburkan, malah memberi ilmu dan inspirasi kepada semua pelajar serima MATAQU.