Kolaborasi Pelajar Tahun 5, Fakulti Pergigian USIM dan Pelajar MATAQU

“Mencipta Senyuman, Memupuk Iman”

Program kesihatan mulut dan gigi “Mencipta Senyuman, Memupuk Iman” yang dikelokan oleh Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia. Program bertujuan menjelaskan kepada pelajar-pelajar betapa penting penjagaan mulut dan gigi bagi memastikan kualiti pembacaan al-Quran.

Majlis dirasmikan oleh pengerusi maahad Tuan Haji Alauddin bin Ishak. Penganugerahan sijil penghargaan kepada 26 pelajar tahun 5, fakulti pergigian USIM telah disampaikan oleh pengetua maahad Puan Hajjah Wan Noreena Mastura binti Wan Ahmad.

Ceramah kesihatan gigi menurut al-Quran dan as-Sunnah telah disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Shamsul Hakim bin Abdul Samad, pensyarah Fakulti Quran dan Sunnah USIM yang juga merupakan seorang selebriti beberapa rancangan tv dan radio.
Tuan pengerusi telah mewakili pihak maahad menyampaikan plaque penghargaan kepada penasihat program: Professor Madya Dr. Azlan bin Yahya dan Professor Madya Dr. Aspalilah binti Alias serta menerima cenderahati kepada maahad sebuah cermin hiasan dinding.
Diantara apa yang terhasil dari program dan kerjasama ini ialah laluan mudah untuk pelajar-pelajar MATAQU yang layak selepas menduduki SPM untuk diterima masuk ke fakulti pergigian USIM. Fakulti pergigian USIM satu-satunya fakulti pergigian dalam negara yang memasukkan silibus hafazan al Quran sebagai salah satu mata-pelajaran didalam kurikulumnya.

Kesihatan gigi dan mulut – Kepentingan dalam pembacaan Al-quran (Ustaz Shamsul Hakim Bin Abdul Samad, USIM)

Dental Corner

Pelajar-pelajar MATAQU  mendengar penerangan tentang ‘kaedah penjagaan gigi sempurna’ disampaikan oleh pelajar-pelajar Tahun 5, Fakulti Pergigian USIM.

Jom, beramai-ramai mendaftar ke MATAQU untuk sesi pengajian 2025.
Klik untuk isi borang pendaftaran

Leave a Reply