KESAN BERSEKUTU DENGAN MUSUH-MUSUH YANG TERANG

Kefahaman liberal sudah sampai ke kemuncak apabila mahkamah tinggi Amerika Syarikat; kuasa besar dunia yang mengaturkan polisi-polisi mereka ke atas semua negara-negara dalam dunia; meluluskan perkahwinan sesama jenis di setiap 50 negerinya pada bulan Jun lepas. Ini bermakna, mana-mana negara Islam yang menerima AS sebagai sekutunya, seolah-olahnya redho dengan perkara yang merupakan kemungkaran dan fasad yang sangat besar ini. Ianya jelas satu penentangan secara terang-terangan dengan hukum ALLAH serta mengundang bala dan musibah yang segera dalam kehidupan manusia di atas muka bumi.


Negara-negara Islam secara khusus dan umat Islam secara amnya disarankan agar lebih berhati-hati mulai sekarang dalam segala muamalat dan tindak-tanduk seharian mereka dengan AS samada secara langsung atau tidak, seperti dengan syarikat, organisasi, bahkan rakyatnya secara am kerana dikhuatiri penglibatan atau perbuatan tersebut boleh menyebabkan mereka terjerumus kepada perbuatan yang bersubahat dengan kemungkaran besar ini.


Wajar setiap individu umat Islam menilai semula perancangan mereka untuk melawat negara tersebut jika ianya tidak melibatkan kerja-kerja yang berunsurkan dakwah atau suatu keharusan shar’i lain yang mendesak. Umat Islam di AS pula, wajar mempertingkatkan kerja-kerja dakwah mereka atau menimbang untuk berhijrah.Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan. 

(Al-A’raf:83)

Ketika RasuluLLAH ص  didalam satu ghazwah bersama para sahabat dan mereka melalui kawasan bekas tempat tinggal wilayah kaum Ad, baginda telah mengarahkan para sahabat agar bergerak dengan pantas, menundukkan muka dan beristighfar dengan sebanyak-banyaknya. Inilah perbuatan serta tunjuk ajar penghulu sekelian ambiya’ serta kekasih tatkala melalui kawasan yang pernah ditimpa kemurkaan, walaupun peristiwa di tempat tersebut sebenarnya sudah pun menjadi lembaran sejarah silam kepada kaum Arab.


Mutakhir ini, kita lihat bagaimana AS dan sekutu-sekutunya mempergiatkan usaha-usaha mereka secara terang-terangan untuk membentuk Pentadbiran Baru Dunia (New World Order). Sebelum ini usaha-usaha mereka dibuat secara halus dengan cara memasukkan ideologi-ideologi syirik dan kehidupan fasad mereka melalui penyebaran sistem demokrasi, pendidikan dan hiburan. Namun kini, mereka tidak lagi segan dan silu menunjukkan belang mereka yang sebenar. Tragedi yang menimpa pesawat-pesawat kebangsaan MH370 & MH17 dan serangan menjatuhkan nilai RM, memberi isyarat kepada semua negara dan bangsa dalam dunia bahawa mana-mana negara, walaupun yang kerdil seperti Malaysia, hendaklah akur dengan arahan mereka atau kelak bakal menerima padah di tangan mereka
Semoga kita semua sentiasa diberi taufiq dan hidayah dan dibukakan mati hati agar sentiasa dapat menilai setiap perkara dengan baik di akhir zaman ini serta mampu membezakan diantara hak dan batil khususnya yang halus dan tersembunyi.

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
[Ar-Rum: 41]

Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah sentiasa dijadikan sebagai pegangan dan perjuangan hidup tidak kira berapa pun harga yang perlu di bayar termasuklah dengan nyawa. ALLAH akan sentiasa membantu hamba-hambaNya, selagi mana mereka membantu agama.

Leave a Reply