BEKAS KETUA PELAJAR DITERIMA MASUK KE RCMP-UNIKL

Tahniah bekas (ketua) pelajar-Wan Nur Muhammad Syamim diatas tawaran melanjutkan pelajaran di Royal College of Medicine Perak (RCMP).

Syamim yang juga merupakan anak kepada pasangan pengerusi dan pengetua Maahad; Tuan Haji Alauddin Ishak dan Hajjah Wan Noreena Mastura, adalah pelajar Mataqu dari sejak tahap tadika sehingga SPM (2004 – 2020). Antara kejayaannya semasa menuntut di Mataqu ialah menjadi pelajar terbaik UPSR & PSRA 2012, SMU 2016 dan SPM 2018. Selepas pepereksaan SPM, Syamim tidak terus memohon untuk memasuki IPT kerana menumpukan masa untuk mengkhatamkan hafazan Al Quran. Syamim lulus permohonan dan diberi tawaran melanjutkan pelajaran di kolej perubatan di raja Perak dibawah UniKL atas kriteria bekas pelajar tahfiz dan diserapkan dalam program ulul albab mereka. Semoga kejayaan Syamim diterima masuk ke RCMP menjadi pendorong kepada semua ibu-bapa dan pelajar tahfiz khususnya di MATAQU agar sentiasa meletakkan tuntutan hafazan Al Quran mengatasi perkara-perkara lain.

Leave a Reply