





AKTIVITI : MINGGU MATEMATIK / SAINS
TARIKH / HARI : 21/7/25 – 25/7/25 ( ISNIN – JUMAAT)
TEMPAT : MATAQU SERIMA (PRIMA SG)
OBJEKTIF :
- Meningkatkan kefahaman murid tentang konsep STEM secara praktikal & interaktif
- Menghubungkait ilmu sains dan matematik dengan nilai islam melalui aktiviti menyeronokkan.
- Membangunkan kreativiti kemahiran berfikir aras tinggi dan semangat kerjasama.
- Meningkatkan penguasaan sifir secara matematik dan menyeronokkan.
๐งช๐ Minggu Matematik dan Sains 2025
Maahad Tahfiz Al Quran Qasimul Ulum (Prima SG) telah menganjurkan Minggu Matematik dan Sains bermula dari 21 Julai 2025 hingga 25 Julai 2025
Pelbagai aktiviti interaktif telah diadakan bagi memupuk minat murid terhadap bidang STEM, termasuk:
- Pertandingan Kuiz Matematik & Sains
- Pertandingan Sifir Sprint
- Projek Kreatif STEM
- Projek kad sifir
Tahniah kepada semua peserta dan pemenang! Semoga semangat ingin tahu dan kecintaan terhadap ilmu terus subur dalam jiwa anak-anak kita. ๐
Matematik kira tepat,
Sains pula penuh fakta.
Belajar rajin setiap saat,
Jadi insan berjaya kelak.
Sains dan nombor jadi sahabat,
Belajar sambil bermain riang.
Ilmu ditanam penuh semangat,
Minda cerdas harapan gemilang.