TEMU DUGA TERBUKA MATAQU BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN SESI 2026

MATAQU dengan sukacitanya mempelawa ibu bapa dan penjaga untuk menghadiri Temu Duga Terbuka bagi permohonan kemasukan pelajar baharu Sesi 2026. Program ini diadakan khusus untuk menilai kelayakan calon serta memberi ruang kepada ibu bapa mengenali dengan lebih dekat sistem pendidikan, suasana pembelajaran dan hala tuju akademik di MATAQU.

Tujuan Temu Duga

Temu duga ini bertujuan untuk:

  • Menilai asas pembacaan Al-Quran dan akademik calon pelajar melalui ujian tilawah dan ujian bertulis
  • Memberi penerangan mengenai struktur pembelajaran dan kehidupan pelajar
  • Menjawab pertanyaan ibu bapa berkenaan kurikulum, yuran, kemudahan dan peraturan
  • Menyemak minat serta kesediaan calon sebelum memulakan pengajian

Maklumat Temu Duga

Tarikh: 15 NOVEMBER 2025 (SABTU)
Masa: 8:30 PAGI – 12:30 TENGAHHARI
Lokasi: KOMPLEKS HQ MATAQU, JALAN NENAS, BATU CAVES
Sasaran: Pelajar Tadika, Rendah dan Menengah (4 tahun dan ke atas)

Calon dikehendaki hadir bersama ibu bapa atau penjaga serta membawa dokumen sokongan seperti:

  • Salinan MyKid / Passport
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan keputusan peperiksaan terkini daripada sekolah / maahad
  • Salinan sijil berhenti sekolah-sekolah terdahulu (jika ada)
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi

Cara Permohonan

Ibu bapa boleh membuat permohonan melalui:

Pihak pentadbiran akan menghubungi pemohon untuk pengesahan jadual temu duga.

Harapan MATAQU

Kami komited dalam melahirkan generasi huffaz yang berdisiplin, berakhlak dan berdaya saing melalui persekitaran pembelajaran yang tersusun serta bimbingan guru-guru yang berpengalaman.
Semoga Temu Duga Terbuka ini menjadi permulaan kepada perjalanan pendidikan yang cemerlang buat anak-anak.

BERIMAN | BERILMU | BERDAKWAH | ILTIZAM MEMBINA GENERASI AL-QURAN

Leave a Reply