Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pihak maahad ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga murid Tahun 5 yang akan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang hadir ke Perjumpaan Ibu Bapa seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 08 Oktober 2025
🕘 Masa: 4.00 petang
📍 Tempat: Maahad Tahfiz Al Quran Qasimul Ulum, Prima SG
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk:
✅ Memberi penerangan berkaitan perjalanan peperiksaan UPKK
✅ Berkongsi strategi persediaan akademik dan rohani
✅ Mengeratkan hubungan antara pihak maahad dan ibu bapa
Kehadiran ibu bapa amat dihargai demi kejayaan anak-anak kita. Semoga dengan sokongan padu daripada semua pihak, anak-anak akan lebih bersedia menghadapi UPKK dengan cemerlang.
Sekian, terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan.
#mataqudihati




