Lawatan Sambil Belajar dari Sekolah Saiburi Islam Wittaya ke Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum.

Pada 23 Julai 2024, satu lawatan sambil belajar telah dianjurkan oleh warga Sekolah Saiburi Islam Wittaya ke Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai sistem pembelajaran tahfiz, selain mengukuhkan hubungan silaturrahim antara dua institusi pendidikan Islam yang berlainan negara.

Sekolah Saiburi Islam Wittaya, yang ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Dato’ NIDER WABA, merupakan sebuah sekolah swasta yang berdaftar secara rasmi di bawah Suruhanjaya Pendidikan Swasta (di bawah Kementerian Pendidikan Thailand). Sekolah ini terletak di Jalan Tha Sadet no. 263, Taluban, Saiburi, Pattani, Thailand Selatan.

Sepanjang kunjungan, berpeluang melihat sendiri suasana pembelajaran di maahad, mengikuti sesi tazkirah, serta mendengar perkongsian pengalaman daripada pengerusi MATAQU. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada para pelawat tetapi turut membuka minda mereka tentang pentingnya penghafalan dan pemahaman Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Lawatan ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata dan bergambar kenang-kenangan sebagai simbol ukhuwah antara kedua-dua institusi. Pihak Sekolah Saiburi Islam Wittaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum atas sambutan yang mesra dan segala kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini. Semoga hubungan ini akan terus berkekalan dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak pada masa akan datang.

Leave a Reply