Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU)

Motto, Visi & Misi

Motto

برإيمان

Beriman

برعلمو

Berilmu

بردعوة

Berdakwah

“Beriman, Berilmu, Berdakwah”, bermaksud seseorang yang bukan sahaja beriman kepada agama tetapi juga berpengetahuan luas dan berperanan dalam menyebarkan ajaran agama kepada orang lain.

Visi

Menjadi institusi pendidikan tahfiz unggul yang melahirkan huffaz profesional, berakhlak Qurani, berilmu tinggi dan berupaya memimpin masyarakat serta membina tamadun ummah.

Misi

1. Menyediakan sistem pendidikan tahfiz bersepadu yang menggabungkan penguasaan Al-Quran, ilmu syariah, akademik dan kemahiran profesional.

2. Membentuk pelajar yang memiliki akidah sahih, akhlak
mulia, disiplin tinggi dan keperibadian Muslim unggul.

3. Melahirkan huffaz yang mampu melanjutkan pengajian serta berdaya saing dalam bidang profesional, dakwah, pendidikan dan kepimpinan.

4. Membina budaya organisasi yang cemerlang melalui tadbir urus berkualiti, pembangunan guru berterusan dan sistem pengurusan bertaraf tinggi.

5. Menjadi pusat pembangunan ummah yang melahirkan graduan berperanan aktif dalam membangunkan masyarakat berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

6. Mengembangkan model pendidikan MATAQU sebagai institusi rujukan pendidikan Islam berkualiti di Malaysia.

Objektif

Di antara objektif-objektif Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum ditubuhkan adalah untuk  :-

A. Kecemerlangan Tahfiz
Memastikan setiap pelajar mencapai standard hafazan Al-Quran yang berkualiti dari sudut hafazan, tajwid, kefahaman dan murajaah.

B. Kecemerlangan Akademik
Menyediakan pendidikan akademik yang membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi.

C. Pembentukan Sahsiah
Membentuk pelajar yang berdisiplin, beradab, mempunyai jati diri Muslim dan mengamalkan nilai kepimpinan Islam.

D. Pembangunan Profesional
Melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran abad ke-21, kemahiran komunikasi, pemikiran kritikal, teknologi digital dan keusahawanan.

E. Pembangunan Guru
Membangunkan tenaga pendidik yang kompeten melalui latihan profesional berterusan dan budaya pembelajaran organisasi.

F. Tadbir Urus Berkualiti
Mengamalkan sistem pengurusan institusi yang sistematik, telus dan memenuhi standard pengiktirafan pendidikan tahfiz nasional.

G. Khidmat Ummah
Melahirkan graduan yang mampu menjadi pendakwah, profesional dan pemimpin masyarakat yang memberi manfaat kepada agama dan negara.

Lebih Lanjut

Pengenalan

Hubungi Kami

Maklumat Organisasi

Kompleks MATAQU, Jalan Nenas,
Tanah Gantian Sungai Tua,
68100 Batu Caves, Selangor

Telefon : 03-61858776
WhatsApp : 012-3821916
Email : [email protected]

Mon – Fri 9:00A.M. – 5:00P.M.

Social Info